April 1, 2008

Rentetan Zaman yang Ditunggu

Posted in Al 'Ilmu at 4:35 pm by jkt3

RENTETAN ZAMAN YANG DITUNGGU

(Tanda-Tanda Qiamat Kubra)
Ibn Andalus

Bermulanya tanda-tanda Qiamat Kubra dari peristiwa Peperangan Armageddon hingga keluarnya api dari Hijjaz (Yaman) yang membawa manusia ke padang Mahsyar. (Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Perkasa).

 
ARMAGEDDON

Berasal dari kalimah Hebrew (Ibraniah) dari 2 kata dasar iaitu “AR” di dalam bahasa Hebrew bermaksud Jabal atau Bukit dan “MAGEDDON” yaitu Wadi yg terletak di Palestine. Yaitu tempat berlakunya peperangan yg akan terjadi di Kawasan Utara “MAGEDDON” hingga ke selatan “IDUM” lebih kurang 200 meter dr Laut Mediteranein di barat hingga ke Bukit “Muhab” di timur lebih kurang 100 meter. Peperangan ini juga di namakan Peperangan Dunia ke 3 di mana tempat ini segala kekuatan tentara baik Tentara Nasrani atau Islam yang dianggarkan lebih kurang 400 million tentara.

 

Pendapat 3 Agama :

1. Yahudi : Peperangan Armageddon berlaku pada April 1998

2. Nasrani : Berlaku sebelum musim luruh tahun 2001

3. Islam : Akan berlaku tidak lama lagi, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui


FATRAH/ZAMAN IMAM MAHDI

Muncul Imam Mahdi

Peperangan di Semenanjung Tanah Arab

Peperangan di Parsi (Iran) – setengah pendapat peperangan orang Syiah

* 3 fatrah ini berlaku selama 9 bulan

* pengkhianatan Rom dan kedatangan mereka untuk berperang

Pertempuran Berdarah Terbesar (Peperangan Rom-Amerika/Britian vs Islam)

* selepas 9 bulan berlakunya Peperangan Armageddon Pembukaan Konstantinopal (Istanbul)

Muncul Dajjal
Fatrah/Masa Dajjal selama 40 hari
 
FATRAH/ZAMAN NABI ALLAH ISA A.S

Turunnya Nabi Isa a.s dan membunuh Dajjal

Siri pembunuhan Yahudi
Pembukaan Rom
Peperangan Turki
Munculnya Ya'juj dan Ma'juj (Gog & Magog)
  
FATRAH/ZAMAN AMAN DAMAI & SENTOSA

Wafat Imam Mahdi

Wafat Nabi Isa a.s
Terbit matahari dari sebelah barat
Keluar binatang melata (berkata-kata) di muka bumi
Keluar asap dari bumi
 
# Berakhirnya Umur Umat Islam Gerhana di Timur
Gerhana di Barat
Gerhana di Semenanjung Tanah Arab
Keluar api dari Tanah Hijjaz (Yaman)
Berlakunya Qiamat (tiupan nafiri sangkakala)
  
Tanda-tanda yang dapat di lihat oleh orang Mu'min :
Munculnya Dajjal
Turunnya Nabi Isa a.s
Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj
Terbit Matahari dr Barat
Muncul binatang melata di Bumi
Keluar asap dari bumi
  
Tanda-tanda yang tidak dapat dilihat oleh org Mu'min :
Gerhana di Timur
Gerhana di Barat
Gerhana di Semenanjung Tanah Arab

Keluarnya Api dari Hijjaz yang membawa manusia ke padang Mahsyar

 
ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA PERKASA

Menurut Sheikh Ibnu Hajar dalam “Skana’iq”, ia berkata bahwa Imam Mahdi pasti menjelma bila tiba waktunya sebelum turunya Nabi Isa a.s. Ciri-ciri istimewa kedatangan Imam Mahdi ialah, akan berlakunya gerhana matahari sebanyak dua kali. Gerhana pertama akan terjadi pada 1 Ramadhan, dan gerhana bulan pada 14 Ramadhan. Meskipun gerhana selalu terjadi tetapi ianya tidak menepati pada tarikh akan datangnya Imam Mahdi. Ulama sepakat menyatakan, riwayat Muslim, Abu Dawud, Annasa-i, Ibnu Majah dan Imam Albaihaqi bahwa Imam Mahdi adalah keturunan Siti Fatimah anak perempuan Rasulullah s.a.w.

Kasyful Ghaibiyah Sheikh Zainul Abidin Alfatoni pula menceritakan, Imam Mahdi akan berjuang dan berjaya menewaskan orang-orang Israel. Kemudian beliau berangkat pula menuju ke Eropa. Lantaran barat masih tidak mau beriman kepada Tuhan, dan beliau mengetuai angkatan perangnya ke Eropa menerusi Rom. Pada saat itu pihak barat telah mengetahui kalau angkatan perang Imam Mahdi akan menyerang, maka mereka telah bersiap sedia untuk bertindak melawan. Apabila angkatan perang Imam Mahdi sampai ke dataran Eropa, pihak barat pun mulai menyerang tentera yang dipimpin Imam Mahdi. Tentera Islam terus pergi ke dalam kota sambil mengucapkan Allahuakbar.

Pekikan Allahuakbar bergema di angkasa, timbullah rasa takut di hati musuh apabila mendengarkan pekikan itu bagaikan petir menyambar telinga. Semangat tentera muslimin semakin membara keberanian semakin menjelma, tetapi sebaliknya musuh semakin kecut. Tentera muslimin terus berjalan tanpa menghiraukan tembakan musuh. Pertahanan musuh tumbang satu demi satu. Akhirnya satu per satu kota dapat ditawan oleh tentera muslimin.

Selepas itu Imam Mahdi berseru: Saudara-saudara penduduk kota sekalian, kedatangan kami bukan untuk merampas kekuasaan. Kami kemari adalah untuk perdamaian. Kami datang atas nama Tuhan Yang Maha Esa. Kami mengajak anda sekalian bersatu dalam agama yang sama, yang mana Nabinya disebut di dalam kitab Taurat dan Injil.

Setelah selesai ucapan tersebut, Imam Mahdi mengadakan perundingan dengan pembesar-pembesar negeri dan memberitahukan tujuan mereka. Setelah tercapai kesepakatan, Imam Mahdi berkunjung ke setiap kota memberi penjelasan tentang Islam serta memberi penjelasan bahwa agama Islam tidak bertentangan dengan ajaran Taurat dan Injil di mana ketiganya sama-sama diturunkan oleh Allah s.w.t. Di mana Al-Quran itu adalah sebagai penyempurna Taurat dan Injil. Setelah masing-masing faham dengan penerangan yang di taklimatkan oleh Imam Mahdi maka berduyun-duyunlah penduduk barat memeluk agama Islam.

(Dipetik dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: